Azalina syor KPWKM dibahagi kepada dua kementerian berlainan

Azalina bercakap dalam sesi perbahasan di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin.Foto Bernama
Azalina bercakap dalam sesi perbahasan di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin.Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan merombak portfolio dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan dipecahkan kepada dua kementerian berlainan.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, syor itu dibuat bagi membolehkan setiap isu berkaitan kelompok masyarakat dapat diberikan fokus lebih menyeluruh.

“Saya rasa, mungkin tiba masanya kerajaan muhasabah diri dengan 'memotong' kementerian wanita kepada dua segmen iaitu kementerian wanita dan kanak-kanak. Isu kanak-kanak dan wanita kita begitu banyak.

“Perangkaan dalam negara kita menunjukkan (jumlah) 15.9 juta wanita; 9 juta kanak-kanak. Jadi, kemungkinan pengkhususan kementerian kepada kementerian wanita dan kanak-kanak ini boleh memberikan sesuatu nilai lebih tinggi,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Menurut Azalina pecahan kepada kebajikan dan keluarga boleh ‘ditolak’ kepada Kementerian Perpaduan yang dilihat mempunyai dasar hampir sama.

Tambah Ahli Parlimen Pengerang itu, justeru dalam perjanjian persefahaman (MoU) akan datang kerajaan diharap lebih peka untuk mengambil kesempatan membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan.

Artikel Berkaitan: