Melaka bentang 58 inisiatif manifesto dalam 100 hari menang PRN

Sulaiman (tengah) dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Projek/Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik Negeri Melaka 2021 di sebuah hotel di Jalan Persisiran Bunga Raya, pada Isnin.
Sulaiman (tengah) dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Projek/Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik Negeri Melaka 2021 di sebuah hotel di Jalan Persisiran Bunga Raya, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan membentangkan 58 inisiatif dalam manifesto yang berjaya dicapai dalam tempoh 100 hari sejak memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pencapaian dilaksanakan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) itu sekali gus menafikan dakwaan mana-mana pihak berhubung janji yang tidak mampu dicapai dalam tempoh tersebut.

"Orang yang luar dari kerajaan ini tak tahu apa sebenarnya berlaku dalam negeri Melaka.

"Dia bukan dalam kerajaan negeri, jadi saya tak boleh nak menghalang sesiapa nak bercakap tentangnya," kata Sulaiman mengulas dakwaan seorang pemimpin Bersatu yang mengatakan kerajaan Melaka hanya melakukan perubahan penukaran nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka dalam tempoh 100 hari.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ceramah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin ketika berkempen di PRN Johor mendakwa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Sulaiman tidak mencapai kejayaan berskala besar bagi menunaikan janji manifesto.

Artikel Berkaitan: