PRK DUN Rantau: Calon Bebas bakal bertanding

Gambar Tandiko yang dikongsi di Facebook.
Gambar Tandiko yang dikongsi di Facebook.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang calon Bebas dikatakan bakal bertanding pada PRK DUN Rantau.

Perkara itu dikongsi oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi laman Facebooknya semalam.

Beliau berkata, PRK Rantau dah ada calon Bebas Tandiko Dalusin... orang Labu... kalau dia curi empat peratus atau lima peratus undi Melayu, maka #TokMat dalam bahaya.

Tandiko yang merupakan ahli Amanah kawasan Rasah ketika dihubungi Sinar Harian bagaimanapun memberitahu masih terlalu awal untuknya memberi kenyataan.

Namun beliau tidak menafikan dakwaan Chegubard berhubung hasratnya yang mahu bertanding PRK DUN Rantau dan bersedia mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

"Tunggu beberapa hari lagi. Akan terjawab nanti termasuk kritikan saya di Facebook," katanya.

Kenyataan Tandiko yang dikongsi di Facebook.
Kenyataan Tandiko yang dikongsi di Facebook.

Namun menerusi Facebooknya, beliau secara jelas berkongsi hasratnya untuk bertanding dan mengharapkan doa rakan-rakan supaya semuanya berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

"Menang atau kalah bukan keutamaan. Tetapi untuk suburkan sistem demokrasi yang kita amalkan.

"Bagi pencinta ketelusan dan punya hati yang jernih, pastinya akan menyokong pencalonan saya ini.

"Kita mahu ada perubahan prinsip dan integiriti yang jujur dan memikirkan rakyat tanpa membezakan agama, bangsa dan keturunan.

"Fokus kebajikan, amanah dijulang," katanya.

Menerusi kenyataan terbaharunya di Facebook, beliau juga memberitahu sejak semalam ramai yang meminta untuk jadi rakannya di Facebook selepas kenyataannya yang mahu bertanding.