PN tekad bina negara berintegriti

Rakyat menyokong pentadbiran negeri yang bersih dan berintegriti serta pemimpin anti rasuah.
Rakyat menyokong pentadbiran negeri yang bersih dan berintegriti serta pemimpin anti rasuah.
A
A
A

PONTIAN - Kesungguhan Perikatan Nasional (PN) dalam membanteras rasuah dan mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan yang berintegriti terbukti apabila Ikrar PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berteraskan lapan tunjang utama menggariskan komitmen tersebut.

Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata, PN mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi satu-satunya parti yang mewajibkan 56 calonnya yang bertanding dalam PRN Johor berikrar menerusi Aku Janji Antirasuah.

Katanya, kepimpinan berintegriti merangkumi seluruh pentadbiran kerajaan di peringkat negeri, persekutuan selain pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan, agensi kerajaan dan juga pentabiran kampung.

"Urus tadbir yang baik diperlukan di setiap peringkat dengan permulaan di pucuk pimpinan. Justeru, PN tidak memandang remeh soal calon kerana mereka inilah yang akan dilihat rakyat dan seterusnya membarisi pentadbiran.

"Oleh itu calon-calon PN perlu melalui semakan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi. Ini membuktikan PN hanya tampilkan calon bersih," jelasnya kepada Sinar Harian.

Senator Datuk Isa Ab Hamid
Senator Datuk Isa Ab Hamid

Isa menambah, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bertegas dalam isu integriti apabila memberi amaran kepada setiap calon untuk tidak terlibat salah laku dan rasuah.

Artikel Berkaitan:

"Jenayah rasuah dan pecah amanah yang berlaku menyebabkan negara hilang hasil cukup besar. PN memandangkan serius isu ini kerana rakyat mahukan pemimpin bebas rasuah.

"Disebabkan itu PN menggariskan lapan tunjang utama yang menjadi fokus PN pada Ikrar PN Johor iaitu kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah, keutuhan ekonomi Johor, keutamaan tangani kos sara hidup, keprihatinan kepada rakyat, kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar," jelasnya.

Mengulas lanjut katanya, tunjang kepimpinan berintegriti bukan retorik sebaliknya kesungguhan PN untuk membentuk kerajaan negeri yang bersih, cekap dan prihatin rakyat.

Beliau turut yakin rakyat hanya mahukan pemimpin yang bersih dan tidak terkait dengan isu rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"PN sangat serius dengan isu ini dan meletakkan pemimpin berintegriti dan bebas rasuah dalam tunjang utama Ikrar PN Johor dengan slogan 'Demi Bangsa Johor'.

"Saya berharap Ikrar PN bagi PRN Johor ini akan diterima baik oleh pengundi dalam membuat pertimbangan sekali gus memilih calon PN pada hari mengundi 12 Mac ini,” katanya.

Rakyat Johor tolak pemimpin korup!

“Aku janji yang dibuat ini sangat bagus. Kita sambut baik parti politik yang bebas daripada sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita tidak mahu negeri Johor ini terpalit dengan isu-isu rasuah.” - Mohd Nazri Kamaludin, 26

Asmadi
Asmadi

"Sebagai rakyat, saya mahukan calon berintegriti dan bukan sekadar pandai menaburkan janji. Tunjang PN dilihat mampu membentuk kerajaan negeri yang berintegriti dan bebas rasuah.” - Asmadi Bachok, 44

“Aku Janji Antirasuah ini merupakan satu tindakan yang baik dan kita sebagai pengundi patut menyokongnya. Ini yang dimahukan oleh rakyat, tanpa rasuah negeri Johor ini akan maju.” - Rashidi Ramli, 30

Mohd Kasir
Mohd Kasir



"Melihat kepada Ikrar PN, saya yakin calon PN pada PRN Johor kali ini berintegriti selain berkaliber. Langkah PN membuat aku janji kepada kesemua calon turut menambahkan lagi keyakinan pengundi.” - Mohd Kasir Zainon, 28

"PN membuktikan mereka gabungan yang matang dengan membuat Ikrar Aku Janji Antirasuah kepada setiap calon yang akan bertanding pada PRN Johor kali ini.” - Zurinah Legiman, 52

Mohd Haffiz
Mohd Haffiz



“Bagi saya, PN adalah yang terbaik buat masa ini. PN mampu lakukan kerana setakat ini kita tidak ada dengar kes melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan daripada parti ini. Bila tidak ada rasuah negeri boleh maju.” - Mohd Haffiz Abdul Mutalib, 40

Nor Aishah
Nor Aishah



"Ikrar PN untuk membebaskan rasuah ini merupakan perkara baik dan kita sebagai pengundi sudah tentu perlu menyokongnya. Ini yang dimahukan oleh rakyat untuk Johor terus maju tanpa rasuah.” - Nor Aishah Hamzah, 50

Nurul Ammena
Nurul Ammena



“Aku janji ini baik kepada rakyat Johor kerana sekiranya negeri ini bebas rasuah ia dapat memajukan ekonomi kerana tidak akan timbul isu duit sana sini yang dilaporkan hilang.” - Nurul Ammena Nordin, 22

“Tindakan PN ini cukup bagus dan tepat pada masanya. Kita semua sedia maklum banyak kes rasuah dilaporkan berlaku di negara kita. Justeru saya lihat PN telah ambil langkah yang tepat.” - Sarifudin Ahmad, 28

Aishah
Aishah



"Sebagai orang muda dan generasi pelapis masa hadapan negara, sudah tentu saya mahukan pemimpin yang berintegiriti dan bebas rasuah. Melalui PRN Johor, saya dapat lihat Ikrar PN Johor adalah sesuatu yang baharu dan bagus untuk negara.” - Aishah Mohd Rozi, 23

Sarbanon
Sarbanon



"Saya sambut baik usaha PN yang mahu bebaskan negeri dan negara daripada sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Langkah mereka untuk ikrar bebas rasuah sangat bagus.” - Sarbanon Khamis, 49

Satish
Satish



"Rasuah sememangnya sudah berleluasa dan apa yang boleh saya harapkan menerusi Undi 18 dan undi automatik, pengundi baharu akan memainkan peranan dalam PRN Johor. Orang muda sudah tentu mahu tubuhkan kerajaan yang bersih kerana rasuah boleh jatuhkan negara." - Satish Gopal, 32

Hanurajan
Hanurajan



"Menghapuskan rasuah secara total memang susah kerana bagi saya semua parti terlibat dalam gejala seperti itu. Mustahil untuk dihapuskan tetapi kita boleh banteras untuk cuba mengurangkannya. Kemampuan politik yang tinggi boleh melakukannya.” - Hanurajan Kandeiah, 33

"Sekarang ini banyak golongan muda yang mahu negara ditadbir dengan integriti. Sepatutnya lebih ramai anak muda masuk dan bertanding dalam PRN Johor dan wujudkan budaya politik baharu dengan pentadbiran yang lebih bersih.” - Tinesh Munainady, 22

"Semua rakyat mahukan pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah. Diharapkan selepas PRN Johor ini akan dapat ditubuhkan satu kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Malah dalam Islam inilah kepimpinan yang dituntut." - Nordin Adon, 40