Beberapa kawasan perumahan di Meru dilanda banjir kilat

Kawasan perumahan di Taman Seri Meru di sini dilanda banjir kilat pada jam 5.58 petang pada Ahad.
Kawasan perumahan di Taman Seri Meru di sini dilanda banjir kilat pada jam 5.58 petang pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Beberapa kawasan perumahan di Meru, di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan berterusan pada petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian itu dilaporkan di Taman Seri Meru, Jalan Teratai, Jalan Kenangan, Pekan Meru dan Taman Meru 3 di sini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan perumahan di Taman Seri Meru dinaiki air setinggi 0.2 meter pada jam 5.58 petang

"Seramai dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang.

"Banjir kilat melanda kawasan perumahan tersebut dipercayai akibat longkang yang tersumbat.

"Air kemudiannya surut dan tiada mangsa dilaporkan dalam banjir tersebut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan rumah dinaiki air paras buku lali di Jalan Teratai, Jalan Kenangan, Pekan Meru dan Taman Meru 3 pada jam 4.25 petang.

Katanya, pada peringkat awal hujan lebat di kawasan berkenaan namun air mulai surut selepas itu.

Artikel Berkaitan: