Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi

Khairy Jamaludin (tengah) bersama calon BN, Datuk Jefridin Atan (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Pegawai Perubatan, Dr Malvinder Mhinder Singh (kanan) pada program Walkabout di Klinik Kesihatan Serkat, Pontian pada Ahad.
Khairy Jamaludin (tengah) bersama calon BN, Datuk Jefridin Atan (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Pegawai Perubatan, Dr Malvinder Mhinder Singh (kanan) pada program Walkabout di Klinik Kesihatan Serkat, Pontian pada Ahad.
A
A
A

PONTIAN - Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati bahawa penyewaan lokasi PPV Mega tidak lagi ‘cost-effective’ memandangkan ia melibatkan dewan-dewan persidangan yang besar.

"Apabila kita menyewa dewan persidangan ini kita perlu bayar, bukannya percuma jadi kita dah guna sepenuhnya. Sekarang ini, tidak ada keperluan lagi untuk kita kekalkan PPV Integrasi ataupun PPV Mega.

"Selepas ini, hanya memadai untuk kita buat sediakan yang lebih kecil contohnya di klinik swasta dan klinik kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Serkat, Kukup dekat sini pada Ahad.

Khairy berkata, kehadiran penerima vaksin juga tidak lagi seramai sebelum ini dan mungkin disebabkan sebahagian besar penduduk telah menerima vaksinasi.

"Di Johor sahaja lebih 70 peratus dah dapat dos penggalak dan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) pula, boleh dibuat di peringkat sekolah iaitu PPV sekolah,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, semua PPV Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini.

Dr Noor Hisham turut berkata, sehingga tarikh tersebut, vaksinasi Covid-19 secara jumpa terus masih dibuka di PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).- Bernama

Artikel Berkaitan: