Dua kesan tembakan pada badan mangsa

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua kesan tembakan ditemukan pada badan lelaki yang maut dalam kejadian di jalan Kampung Pasir Tinggi menghala ke Hulu Terengganu pada pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, berdasarkan laporan forensik, kematian mangsa berpunca daripada luka tembakan pada bahagian leher dan serta bahagian badan mangsa.

"Bedah siasat ke atas mangsa selesai dijalankan pada Sabtu.

"Pihak polis kini giat mengesan dua individu yang dipercayai terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, seorang lelaki yang juga penganggur, Mohd Tarmimi Dollah, 41, dilaporkan maut ditembak dua individu bermotosikal dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi.

Mohd Marzukhi berkata, sebelum kejadian, mangsa telah berjumpa suspek untuk berbincang, manakala dua rakan mangsa menunggu tidak jauh dari situ.

"Rakan mangsa kemudian dikejutkan dengan bunyi letupan dipercayai tembakan dan segera meluru ke arah mangsa. Suspek bagaimanapun melarikan diri.

"Rakan mangsa membantu mangsa yang terkena tembakan dengan membawanya ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Artikel Berkaitan: