X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Sukan SEA Hanoi: Grace ada misi serampang dua mata

Grace mahu memperbaharui rekod temasya Sukan SEA miliknya sendiri dan merampas balik pingat emas di Hanoi pada Mei depan.
A
A

JAGUH baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei berazam melunaskan dua misi penting pada Sukan SEA Hanoi iaitu memperbaharui rekod temasya miliknya sendiri dan merampas balik pingat emas.

Pemegang rekod kebangsaan itu berazam memadam rekod temasya iaitu 59.24 meter (m) yang dilakarnya pada edisi 2017 (Kuala Lumpur) dengan menyasarkan balingan 63m dalam temasya dwitahunan di Hanoi, Vietnam pada Mei depan.

"Saya sasar emas dan jarak 63m pada Sukan SEA nanti kerana 59.24m adalah rekod saya. Pada temasya yang lepas (Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina) saya dapat perak selepas kalah dengan atlet Thailand,” katanya.

Grace ditemui selepas menjuarai acara baling tukul besi dengan catatan 61.87m pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-97 di Stadium Mini Majlis sukan Malaysia, Bukit Jalil pada Sabtu.

Sekiranya atlet kelahiran Sarikei, Sarawak itu berjaya melakukan balingan 63m, dia secara tidak langsung memperbaharui rekod kebangsaan iaitu 62.48m, yang dicatatkannya pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia tahun lepas.

Grace berkata, dia harus mengatasi perasaan gemuruh ketika beraksi di Hanoi nanti sekiranya mahu mencatat kejayaan gemilang.

Dalam pada itu, pingat perak acara baling tukul besi wanita milik Nurul Hidayah Lukman dari Selangor yang mencatatkan 49.74m, manakala Nurfazira Jalaludin yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih gangsa (47.37m).

Sementara itu, jaguh tukul besi kebangsaan, Jackie Wong Siew Cheer yang mewakil ATM menepati ramalan apabila menguasai kategori lelaki dengan balingan 68.13m.

Jackie menewaskan atlet Negeri Sembilan, Sadat Marzuqi Ajisan yang mencatat 58.57m untuk pingat perak, manakala Rizad Azri Che Radzi dari Perlis membawa pulang gangsa dengan catatan 48.5m. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!