Seedorf peluk Islam

Seedorf bersama isterinya, Sophia Makramati.
Seedorf bersama isterinya, Sophia Makramati.
A
A
A

LEGENDA bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengesahkan dia sudah memeluk Islam dalam satu kenyataan yang dibuat di laman akaun media sosial Instagram pada Jumaat.

Bekas pemain AC Milan, Real Madrid dan Ajax itu menulis: "Ucapan terima kasih yang teristimewa atas mesej indah untuk meraikan saya memeluk Islam.

"Saya sangat gembira dan bersyukur untuk menyertai saudara baharu saya khususnya isteri saya, Sophia (Makramati) yang mengajar saya mengenai erti Islam dengan sangat mendalam.

"Saya tidak menukar nama saya dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya, Clarence Seedorf."

Sophia turut menulis di laman Instagram dengan berkata: "Saya sangat gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada detik indah untuk orang yang saya sayangi, Clarence Seedorf yang memeluk Islam.

"Selamat datang dan semoga kamu akan terus dirahmati dan memberi inspirasi kepada seluruh dunia," tulisnya.

Untuk rekod, Seedorf melakar sejarah tersendiri ketika zaman kemuncaknya apabila muncul satu-satunya pemain yang memenangi Liga Juara -Juara sebanyak tiga kali bersama tiga pasukan berbeza.

Artikel Berkaitan: