Gunung Bromo mengalami 28 kali letusan...

Gunung Bromo kembali mengalami letusan sebanyak 28 kali, kelmarin. namun masih selamat untul dikunjungi.
Gunung Bromo kembali mengalami letusan sebanyak 28 kali, kelmarin. namun masih selamat untul dikunjungi.
A
A
A

JAWA TIMUR - INDONESIA. Gunung Bromo antara gunung berapi aktif di Indonesia, namun keindahan pemandangannya punca tinggi yang bertaut di antara lembah dan ngarai, menarik pelancong ke situ.

Terletak di Jawa Timur, dikelilingi padang pasir seluas 5,300 hektar, menjadi lokasi wajib kunjung sekiranya melancong ke Surabaya.

Ramai ke sini semata-mata hendak melihat keindahan pemandangan matahari naik, di tengah-tengah cuacanya yang dingin, pada jam 5.45 hingga 6.30 pagi.

Terbaru, menerusi Tribuns News, Gunung Bromo sekali lagi mengalami 28 kali letusan pada hari Selasa, kelmarin.

Akibat letusan di Gunung Bromo, abu gunung berapi terjadi di sekitar kawasan Gunung Bromo.

Sehingga kini, status Gunung Bromo tidak meningkat, ia kekal dalam status Alert (Tahap 2).

Bagaimanapun, pelancong yang melawat Gunung Bromo digalakkan menggunakan topeng dan kaca mata semasa aktiviti di kawasan itu.

Sementara dipetik dari Kompas.com pula, abu gunung berapi yang dikeluarkan oleh Gunung Bromo, sangat pekat warnanya.

Artikel Berkaitan:

Seorang pelancong, Arifandi berkata, abu yang dilihat di kawah gunung sangat tebal.

"Ada hujan abu gunung berapi dan saya menggunakan topeng muka. Pelancong gunung Bromo masih boleh bercuti, selagi tidak menghampiri 1 km dari bibir kawah," katanya.