Malaysia terima ubat antiviral Covid-19 mulai bulan ini

Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia bakal menerima ubat-ubatan antiviral untuk diberikan kepada pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi mulai bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia dijangka tiba dua minggu lagi dan bekalan ubat tersebut akan digunakan kepada 110,000 pesakit yang berisiko tinggi.

“Mungkin dalam dua minggu lagi kita akan terima. Dalam perolehan yang pertama, kita telah beli 110,000 pesakit dan akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan sepertimana maklumat yang diterima, kita akan tambah lagi pembelian ubat tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Dialisis kali ke-16 di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Malaysia telah meluluskan penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer, Paxlovid secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis lalu.

Dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat dua lagi bekalan ubat yang bakal dibeli untuk merawat pesakit Covid-19.

Bagaimanapun katanya, ia masih belum lagi dimuktamdkan.

Artikel Berkaitan:

“Ada dua lagi yang kita mungkin akan beli, Molnupiravir dan AstraZeneca. Tetapi ini belum lagi kita muktamadkan,” katanya.