Kedah bawa pulang tiga mata berharga

Aksi antara KDA FC dan Sarawak United dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi. - Foto Facebook KDA FC
Aksi antara KDA FC dan Sarawak United dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi. - Foto Facebook KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC menepati ramalan apabila membawa pulang tiga mata berharga dari Stadium Negeri, Kuching selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Sarawak United FC sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, Sarawak United tampak lebih bertenaga pada awal permainan apabila sepakan percuma Lee Chang Hoon seawal minit ketiga berjaya terpaksa ditepis Shahril Sa'ari.

Tersentak dengan percubaan awal tuan rumah, KDA FC mula bangkit menyusun rentak permainan yang lebih kemas dan hasilnya menyaksikan mereka berjaya mendahului pada minit ke-15.

Berpunca daripada tandukan Jang Suk Won yang terkena tiang selepas sepakan percuma, bola melantun ke tengah sebelum disudahkan penyerang import baharu, Ronald Ngah.

Selepas jaringan pelawat, Sarawak United berpeluang menyamakan kedudukan menerusi Francis Kone yang memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik.

Bagaimanapun, setiap peluang yang terhasil itu gagal disempurnakan dengan baik termasuk perubaan Kone pada minit ke-35 yang dilihat hampir pasti menggegar gawang KDA FC.

Bersambung babak kedua, Sarawak United terus kecewa dengan ketumpulan penyudah yang menyaksikan peluang menerusi Chang Hoon dan Christie Jayaseelan tidak cukup untuk merobek gawang pelawat.

Fadzrul Danel hampir menggembirakan kem KDA FC pada minit ke-56 apabila dia berjaya membuat satu percubaan dari luar kotak penalti sebelum bola sedikit tersasar keluar dari sebelah kiri.

Artikel Berkaitan:

Sarawak United cuba meningkatkan intensiti permainan tatkala KDA FC cuba mengendurkan serangan, namun beberapa percubaan daripada tuan rumah tidak begitu memberi ancaman kepada pasukan pelawat.

Pada penghujung perlawanan, Sarawak United terus 'menggigit jari' apabila percubaan Boris Kok menggegar palang, sekali gus memastikan KDA FC membawa pulang tiga mata berharga.