Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun

Keadaan di hadapan sebuah rumah yang dipenuhi timbunan kayu dan lumpur susulan banjir besar melanda ketika tinjauan di Kampung Belukar Bukit, pada Jumaat. - Foto Bernama
Keadaan di hadapan sebuah rumah yang dipenuhi timbunan kayu dan lumpur susulan banjir besar melanda ketika tinjauan di Kampung Belukar Bukit, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur menunjukkan trend penurunan setakat 8 malam ini, apabila hanya tinggal 4,308 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 5,831 petang Jumaat.

Di TERENGGANU, seramai 993 orang daripada 297 keluarga ditempatkan di lima PPS di Hulu Terengganu setakat 8 malam ini, berkurang berbanding 1,952 orang daripada 563 keluarga pada 2 petang tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.

Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila 3,308 orang daripada 1,022 keluarga masih ditempatkan di 10 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 7 malam ini, berbanding 3,879 orang daripada 1,218 keluarga tengah hari tadi.

JPS melalui laman sesawang turut melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: