MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di pantai timur

Noh (kanan) menyampaikan simbolik topi keledar kepada guru besar Parlimen Tanjong Karang yang hadir pada Program Back To School Parlimen Tanjong Karang di IPP Tanjong Karang, pada Jumaat.
Noh (kanan) menyampaikan simbolik topi keledar kepada guru besar Parlimen Tanjong Karang yang hadir pada Program Back To School Parlimen Tanjong Karang di IPP Tanjong Karang, pada Jumaat.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang mengenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, proses pengurusan bantuan bencana banjir membabitkan usahawan sama seperti di beberapa negeri yang terlibat banjir, Disember tahun lalu.

"Setakat ini kita belum (berapa ramai usahawan terjejas), tetapi kita mempunyai lima saluran yang boleh membantu usahawan terkesan banjir" katanya pada Program Back To School Parlimen Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, lima saluran itu terdiri daripada dua agensi di bawah kementeriannya iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional (Tekun).

"Selain itu, nama usahawan terjejas juga boleh kita peroleh daripada persatuan penjaja dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta melalui permohonan bantuan secara terus dalam talian yang telah dibuka permohonannya pada masa ini," ujarnya.

Jelas beliau, golongan ini hanya perlu membuktikan mereka berniaga dan mengalami kerugian akibat banjir.

"(Bantuan) ini terbuka kepada semua bangsa dan mereka layak untuk membuat permohonan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: