Sasaran pingat Sukan SEA perlu logik, praktikal

Laporan Sukan Sinar Khamis. (Gambar kanan: Pekan)
Laporan Sukan Sinar Khamis. (Gambar kanan: Pekan)
A
A
A

PENETAPAN sasaran pingat emas di temasya Sukan SEA Vietnam, Mei depan perlu lebih logik dan praktikal.

Pemerhati sukan negara, Dr Pekan Ramli berpandangan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) sudah pasti ketika ini berdepan kerumitan untuk menentukan sasaran pingat emas mengikut sukan yang bakal diumumkan kelak.

Justeru, beliau berpendapat, kebijaksanaan dalam membuat percaturan sangat penting dan tidak boleh diambil mudah bagi memastikan kebajikan atlet terjamin, sekali gus mereka mampu mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Secara logiknya, jika atlet yang sama bersaing di Sukan SEA itu turut disasarkan pingat dalam dua temasya lagi iaitu Sukan Asia di Hangzhou, China dan Sukan Komanwel di Birmingham, sudah pasti sukar untuk mereka 'perform' atau mencapai 'peak performance' dalam ketiga-tiga tugasan tersebut.

“Dalam hal ini, kebijaksanaan dalam membuat percaturan sangat penting. Pada waktu sama, jangan pula mengambil mudah dengan setiap penyertaan kontinjen Malaysia kerana 'pride for nation' itu juga perlu dijaga.

“Faktor 'burnout' yang boleh berlaku kepada atlet perlu diambil kira. Jangan di akhir tugasan nanti, ramai atlet elit negara ‘pancit’, jadi pergi makan angin saja nanti. Oleh kerana percaturan yang bercelaru itu boleh menyebabkan akhirnya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar MOM memilih kejohanan yang betul-betul diinginkan bagi membantu melonjakkan prestasi dan pencapaian atlet tersebut di peringkat antarabangsa.

“Pilihlah keutamaan antara sukan serantau atau Sukan Asia atau yang lebih berprestij daripada Sukan Komanwel. Kita tidak perlu melompat riang gembira memenangi pingat emas di Sukan Komanwel sedangkan kalau kita bersaing di Sukan Asia, bayangan pingat pun tidak kelihatan.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga tidak perlu berangan-angan untuk menang pingat emas di Sukan Asia, tetapi kalau kita bersaing di acara tersebut di Sukan Komanwel pingat emas sudah pasti dalam genggaman. Jadi timbang tara ini sangat-sangat penting,” katanya.

Untuk rekod, kontinjen negara akan menghantar seramai 770 orang membabitkan 574 atlet dan 196 pegawai pada temasya Sukan SEA kali ini.