50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran

Operasi memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel yang merebak ke kawasan parkir di Blok C PPR Intan Baiduri.
Operasi memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel yang merebak ke kawasan parkir di Blok C PPR Intan Baiduri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 50 motosikal dan empat kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini awal pagi Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan itu pada jam 4.22 pagi.

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan kedai bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.

"Kebakaran memusnahkan motosikal dan kenderaan di kawasan parkir blok berkenaan.

Keadaan kebakaran kenderaan di kawasan parkir PPR Intan Baiduri terbakar.
Keadaan kebakaran kenderaan di kawasan parkir PPR Intan Baiduri terbakar.

"Pasukan bomba mengambil masa tujuh minit bagi mengawal kebakaran dengan menggunakan dua aliran bantu mula," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu turut memaklumkan, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Seramai 15 anggota melibatkan dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Jinjang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi itu," kata kenyataan itu.