KPKT kaji semula garis panduan lesen kilang

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamarudin mengadakan sidang akhbar di Stadium MPPG, Pasir Gudang hari ini. Foto: Raja Jaafar Raja Ali
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamarudin mengadakan sidang akhbar di Stadium MPPG, Pasir Gudang hari ini. Foto: Raja Jaafar Raja Ali
A
A
A

PASIR GUDANG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula garis panduan dan penetapan syarat pengeluaran lesen kepada kilang-kilang terutama yang mengendalikan bahan kimia.

Menterinya, Zuraidah Kamaruddin berkata, perkara itu akan menjadi keutamaan buat pihaknya yang mana melihat insiden berlaku di kawasan ini sejak lebih seminggu lalu adalah sesuatu yang serius.

Menurutnya, ia juga akan dilakukan sebagai langkah memperkasakan sudut pemantauan terhadap operasi penggunaan dan pelupusan sisa kimia secara terkawal.

“Perkara pertama sudah tentu penguatkuasaan, nombor satu di peringkat KPKT sendiri yang bertanggungjawab dengan kerajaan tempatan, iaitu tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan lesen kepada kilang yang terlibat dalam memproses kimia.

"Pembuangan bahan itu harus dipantau, pengeluaran lesen memang daripada pihak PBT tetapi Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga harus membuktikan kilang ini mematuhi syarat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa melawat Pusat Rawatan (Medic Base) Bencana di Stadium Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Zuraidah berkata, bagi melaksanakan perkara itu, satu mesyuarat membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JAS akan diadakan.

Artikel Berkaitan:

“Di peringkat KPKT kami akan memastikan satu mesyuarat penyelarasan di antara kerajaan tempatan, JAS dan semua agensi-agensi terlibat dalam kelulusan kilang, memberikan piagam operasi kilang agar perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Dalam masa saya, beliau turut memaklumkan, operasi Sungai Kim Kim yang bermula sejak 7 Mac lalu telah melibatkan kekuatan 153 pegawai dan anggota JBPM dari seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 70 daripadanya adalah pakar dari Unit Bahan Merbahaya (Hazmat).