86 lagi kes kematian, 355 di ICU

Sebanyak 8,322 kes dirawat di hospital dan 355 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Gambar hiasan
Sebanyak 8,322 kes dirawat di hospital dan 355 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 86 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Khamis.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 33,028 orang daripada lebih tiga juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 28 daripada 86 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, KKM melaporkan 32,467 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 5,537,137 kes.

Terdapat 298,231 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 286,097 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,457 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 8,322 kes dirawat di hospital dan 355 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 208 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 147 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: