MBAS rancang bina semula rumah kedai

Mohd Zohdi (kanan) meninjau keadaan rumah kedai terbakar.
Mohd Zohdi (kanan) meninjau keadaan rumah kedai terbakar.
A
A
A

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merancang untuk membangunkan semula deretan rumah kedai di Pekan Pokok Sena, di sini, yang terbakar Mei tahun lepas.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi berkata, beberapa peniaga terjejas apabila deretan rumah kedai hangus dijilat api dalam kebakaran terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan membangunkan semula premis terbabit demi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan.

"Malah kita merancang untuk membangunkan tapak pekan sehari demi memberi peluang kepada peniaga mencari rezeki, sekali gus menjana pendapatan masing-masing.

"Kita menganggarkan projek membina rumah kedai yang terbakar berkenaan akan menelan kos lebih RM2.983 juta yang mana ia akan dimulakan apabila bajet diluluskan," katanya.

Katanya, pembinaan semula rumah kedai berkenaan antara sebahagian projek dirancang MBAS untuk memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Antara projek lain, termasuklah Pasar Pokok Sena, naik taraf Medan Selera Taman Bandar Baharu dan pembinaan parit konkrit berdekatan Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Sebelum ini, kira-kira 10 rumah kedai yang terletak dalam satu deretan musnah dalam kebakaran yang berlaku di pekan Pokok Sena, di sini.

Artikel Berkaitan: