Dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 ditunda

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, penundaan aksi itu melibatkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

"Perlawanan itu masing-masing dijadual pada 5 dan 7 Mac.

"Pihak sekretariat MFL telah menerima permohonan daripada PDRM FC, seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergelaja sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: