Budak lelaki 11 tahun maut terjatuh tingkat empat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Puncak Alam di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9 pagi.

"Mangsa disyaki terjatuh dari tingkap bilik yang terbuka di kediaman berkenaan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Shafa'aton berkata, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Setakat ini, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah, kita sedang menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: