Permatang Kuaza Gombak belum layak jadi tapak warisan UNESCO

Abdul Rashid Asari
Abdul Rashid Asari
A
A
A

SHAH ALAM- Permatang Kuaza Gombak masih belum layak dicalonkan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.

EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata hasil penemuan kajian Dossier PKGS mendapati nilai estetik di kawasan tersebut tidak terlalu luar biasa jika dibandingkan dengan tapak lain.

Menurutnya, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Laporan Draf Akhir Dossier PKGS Teknikal pada Disember lalu.

"Integriti sesuatu tapak yang dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO perlu berada di tahap tertinggi sekaligus ini amat berkaitan dengan isu pengurusan dan pemuliharaan tapak bagi mengekalkan keaslian kawasan PKGS.

"Kajian saintifik, penyelidikan, penerbitan dan sumber rujukan serta maklumat khusus berkenaan kuarza di PKGS masih terlalu terhad," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dalam sidang dewan undangan negeri di sini.

Terdahulu, Saari bertanyakan mengenai langkah terbaharu kerajaan negeri bagi memelihara kawasan PKGS.

Terdahulu, Pasukan Pakar Perunding itu terdiri daripada Pakar Arkeologi, Warisan dan Budaya Dunia, Datin Paduka Prof. Emiretus Siti Zuraina Abdul Majid; Pakar Biodiversiti, Warisan Alam Semula Jadi Dunia, Prof. Emiretus Dato’ Dr. Abdul Latif Muhammad dan Pakar Geodiversiti, Warisan Alam Semula Jadi Dunia, Prof Dr Mohd Shafeea Leman.

Artikel Berkaitan: