MFL rancakkan lagi saingan Liga-M

Stuart
Stuart
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akan melakukan perubahan format sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2022 bagi merancakkan dan meningkatkan nilai komersial liga saingan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, perubahan itu menyaksikan semua perlawanan sepak mula Liga Super dan Liga Premier akan bermula pada tiga waktu berbeza iaitu bermula jam 7.30 petang, 8.15 malam dan 9 malam.

Menurut Stuart, pihaknya percaya perubahan format itu bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada penaja-penaja liga Malaysia sebaliknya akan membenarkan penyokong bola sepak tempatan untuk menikmati perlawanan pada waktu berbeza.

“Suka diumumkan juga bahawa musim ini kita mempunyai tiga format sepak mula berbeza iaitu pada jam 7.30 petang, 8.15 malam dan 9 malam.

“Perubahan format sepak mula ini sudah tentu dan sudah pasti format baharu sepak bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada penaja-penaja kami sebaliknya seluruh penyokong tempatan,”katanya.

Untuk rekod, sebanyak 12 pasukan akan bersaing dalam Liga Super 2022 iaitu juara lapan tahun berturut-turut JDT, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Terengganu FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Melaka United FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC.

Sementara saingan Liga Premier 2022 pula akan melibatkan 10 pasukan iaitu, Kelantan FC, Perak FC, Kuching City FC, UiTM FC, Terengganu FC II, Selangor FC 2, JDT II, PDRM FC, Kelantan United FC dan Skuad Projek FAM-MSN.

Artikel Berkaitan: