Kerajaan lulus RM338 juta bantu pekebun kecil

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
A
A
A

BALING - Kerajaan meluluskan peruntukan RM338 juta untuk pelaksanaan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada 552,543 pekebun kecil di seluruh negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu merangkumi Program Tanam Semula Getah, Prasarana Asas Pertanian, Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan, Skim Insentif Produktiviti Getah, Khidmat Pengembangan dan Latihan Pekebun Kecil.

"Daripada jumlah ini, kerajaan memberikan RM37 juta kepada pekebun kecil (RISDA) Kedah," katanya ketika berucap pada Malis Aspirasi Ekonomi Pekebun Kecil di Padang Awam Kampung Lalang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata kerajaan memberikan sejumlah RM1.5 juta untuk bantuan Prasarana Asas Pertanian di Kedah manakala RM3.5 juta bagi Skim Insentif Produktiviti Getah serta Program Peningkatan Produktiviti Getah di negeri ini.

Artikel Berkaitan: