Penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah: Abu Kassim

Abu Kassim
Abu Kassim
A
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan penubuhan Mahkamah Khas Rasuah yang dimaksudkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan kajian mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bagi tujuan mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, ia hasil perbincangan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang diadakan semalam, yang juga berkaitan cadangan ‘Penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah’.

“Seperti semua sedia maklum, ketika ini Mahkamah Khas Rasuah telah wujud di peringkat Mahkamah Sesyen.

“Justeru cadangan penambahbaikan yang dikemukakan adalah bertujuan mempercepatkan tunggakan kes di mahkamah dan beberapa cadangan telah dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut termasuk penambahan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah yang sedia ada.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya penubuhan Mahkamah Khas Rasuah diperingkat yang lebih tinggi dikaji memandangkan ia turut membabitkan penstrukturan semula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir mengumumkan bakal menubuhkan Mahkamah Khas rasuah bagi mengendalikan kes rasuah dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata, penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah sedia ada.

Artikel Berkaitan: