Harga barang: 30,000 ahli PPMM, Kupekmas jadi mata, telinga kerajaan

PPMM dan Kupekmas memeterai perjanjian kerjasama di Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Kedah.
PPMM dan Kupekmas memeterai perjanjian kerjasama di Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 30,000 ahli Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan bagi melaporkan aduan berkaitan kenaikan harga barang keperluan.

Presiden PPMM, Che Hassan Che Johan berkata, ahli dari kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu memikul tanggungjawab tersebut selepas satu perjanjian kerjasama dimeterai pada Isnin.

PPMM dan Kupekmas mengadakan perjumpaan bagi memeterai perjanjian untuk bekerjasama bagi melaporkan aduan berkaitan kenaikan harga barang keperluan.
PPMM dan Kupekmas mengadakan perjumpaan bagi memeterai perjanjian untuk bekerjasama bagi melaporkan aduan berkaitan kenaikan harga barang keperluan.

"Ahli ramai akan mempermudahkan kami mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan lanjut melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Peranan ahli-ahli dari Kupekmas dan PPMM akan mempercepatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kartel-kartel yang bersekongkol dengan pihak kilang dan pembekal," katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan: