PBB ramal krisis Yaman semakin buruk

Kanak-kanak memakan roti yang dikutip dari tempat pembuangan sampah berhampiran bandar pelabuhan Hudaidah. - Foto Voanews.com
Kanak-kanak memakan roti yang dikutip dari tempat pembuangan sampah berhampiran bandar pelabuhan Hudaidah. - Foto Voanews.com
A
A
A

GENEVA - SWITZERLAND. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis kemanusiaan Yaman akan bertambah buruk menjelang tahun depan

“Negara dengan masalah terbesar pada 2019 ialah Yaman,” kata Setiausaha Agung untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock kepada media.

Tahun lalu, PBB menyediakan bantuan makanan kepada tiga juta orang sebulan.

Angka itu meningkat kepada lapan juta orang sebulan tahun ini dan dijangka mencecah 12 juta menjelang 2019.

Krisis di Yaman bertukar buruk apabila tentera pakatan diketuai Arab Saudi mula membantu kerajaan menentang pemberontak Houthi yang disokong Iran pada Mac 2015.

Artikel Berkaitan:


Situasi bertambah runcing berikutan perebutan dan keganasan yang berlaku di pelabuhan Hudaidah yang merupakan pintu masuk utama bekalan makanan dan keperluan asas lain.

Lowcock berkata, PBB memohon AS$4 bilion (RM16.55 bilion) untuk membantu penduduk Yaman tahun depan. - AFP