Sila log masuk terlebih dahulu.

RMHC Malaysia sumbang Bilik Terapi Sensori untuk kanak-kanak OKU

Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.
Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.
A
A
A

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di A-Heart Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) dibuka secara rasminya pada Isnin.

Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke-34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.

RMSR di A-Heart merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP.

RMHC Malaysia sentiasa komited dalam memberi sokongan kepada keperluan kanakkanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran terutamanya dari golongan B40.

Terbesar di Malaysia

Artikel Berkaitan:

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan wujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Beliau berkata, tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.

Sejak 1999, RMHC Malaysia telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh negara, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Majlis pada hari itu juga menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh Azmir kepada Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs, Azizul Fitri Ismail.

McDonald’s Malaysia melaksanakan tanggungjawab dengan menunaikan zakat korporat untuk golongan asnaf dan yang memerlukan di Perlis.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kiri) menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs, Azizul Fitri Ismail.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kiri) menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs, Azizul Fitri Ismail.

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Azmir.

Ini juga merupakan tanda prihatin dan penghargaan McDonald’s Malaysia terhadap masyarakat Malaysia sebagai organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan melalui sumbangan zakat korporat.

Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC Malaysia melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena Tahun Baharu Cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadan nanti.