Minamino pacu Liverpool suku akhir Piala FA

Minamino
Minamino
A
A
A

DUA gol penyerang Jepun, Takumi Minamino mengesahkan kemaraan Liverpool ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Norwich City 2-1 dalam perlawanan pusingan kelima di Stadium Anfield.

Aura menjulang kejuaraan Piala Liga menewaskan Chelsea di perlawanan akhir di Stadium Wembley ternyata menjadi dos penggalak kepada The Reds mendominasi aksi di laman sendiri itu.

Minamino terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-27 selepas menyudahkan hantaran Divock Origi, sebelum sekali lagi melebarkan jaringan pada minit ke-39.

Norwich City kembali bangkit pada babak kedua berjaya mengurangkan defisit gol menerusi Lukas Rupp memberi harapan kepada pelawat dengan gol minit ke-76.

Sementara itu, Southampton turut menyertai Liverpool pada suku akhir apabila meneruskan prestasi cemerlang dengan kemenangan 3-1 ke atas West Ham United.

KEPUTUSAN

Piala FA

Pusingan Kelima

Artikel Berkaitan:

Liverpool 2-1 Norwich City

Minamino 27'39'

Rupp 76'

Luton Town 2-3 Chelsea

Burke 2'

Saúl 27'

Cornick 40'

Werner 68'

Lukaku 78'

Southampton 3-1 West Ham

Perraud 31'

Antonio 60'

Ward-Prowse (P)69'

Broja 95'