Kerajaan kaji wujud Mahkamah Khas Rasuah di peringkat lebih tinggi

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bertujuan mempercepat perbicaraan kes-kes rasuah.

Menurut Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat JKKMAR semalam.

"Untuk makluman, ketika ini Mahkamah Khas Rasuah telah wujud di peringkat Mahkamah Sesyen," demikian menurut GIACC dalam kenyataannya hari ini.

GIACC berkata mesyuarat tersebut turut bersetuju dengan cadangan menambah jumlah Mahkamah Sesyen Khas Rasuah sebagai sebahagian daripada penambahbaikan bagi mempercepat perjalanan kes tertunggak di mahkamah. - Bernama

Artikel Berkaitan: