Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit menyusut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS kerana permintaan lemah dalam persekitaran konflk Rusia-Ukraine sekarang dan harga yang meningkat, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1935/1955 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1945 ketika ditutup pada Selasa.

Seorang peniaga berkata, harga minyak meneruskan trend kenaikan pada hari Rabu kerana sekatan terhadap sektor perbankan Rusia berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, ia telah menghalang pembiayaan perdagangan untuk penghantaran minyak mentah.

"Sebilangan peniaga memilih untuk mengelak menerima bekalan dari Rusia dalam pasaran yang terhad," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata, pasaran akan memantau data daripada Pemprosesan Data Automatik Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang (ADP) di Amerika Syarikat (AS) hari ini yang akan memberikan pendapat penting mengenai situasi pasaran buruh di AS.

Pada penutupan hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0882/0899 daripada 3.0944/0967 ketika ditutup pada Selasa serta naik berbanding pound Britain kepada 5.5807/5834 daripada 5.6231/6265.

Ringgit melonjak berbanding yen kepada 3.6399/6419 daripada 3.6519/6544 semalam dan bertambah berbanding euro kepada 4.6481/6503 daripada 4.6934/6962.- Bernama

Artikel Berkaitan: