Ismail berpantun, Dr Mahathir jawab sinis

Dr Mahathir mengamatkan Dewan, pagi ini.
Dr Mahathir mengamatkan Dewan, pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pagi ini dibuka dengan dengan pantun sindiran oleh Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) ketika sesi pertanyaan jawab lisan.

Ismail yang mendapat giliran bertanya soalan pertama, sebelum itu sempat berpantun dengan menggunakan isu bekas wakil rakyat BN melompat ke Bersatu.

"Parti Perdana Menteri parti Bersatu,

Dah ramai wakil rakyat BN melompat Bersatu,

Niat PM nak kuatkan Bersatu,

Harap DAP jangan marahkan Bersatu.

"Soalan saya nombor satu. Mohon jawapan kepada soalan nombor satu," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diberikan mandat menjawab soalan pertama bagaimanapun enggan kalah.

Artikel Berkaitan:

Sebelum menjawab soalan tersebut, beliau membalas pantun Ismail itu dengan kata-kata sinis yang dipercayai merujuk kepada kerjasama Pas-UMNO.

"Terima kasihlah kerana sokongan kepada parti Bersatu. Tapi ada orang yang tiru, nak bersatu dengan musuh mereka, yang mengkafirkan mereka.

"Mereka sekarang ini bekerjasama. Jadi, tak taulah sama ada kafir atau tidak," katanya.