Sila log masuk terlebih dahulu.

Kemenangan BN di Johor penting untuk hadapi PRU15

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sangat penting sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jentera parti itu perlu membantu 37 calon UMNO, 15 calon MCA dan empat calon MIC untuk menang dua pertiga atau lebih 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tiada yang mustahil jika perjuangan disertai dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti.

“Di hadapan kita PRU15 yang bakal kunjung tiba.

“Oleh itu, demi kestabilan masa depan serta kestabilan dan kemakmuran untuk kita, anak, cucu dan generasi akan datang, ayuh rapatkan barisan serta bangkit bersama berjuang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu,

Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, bumiputera, anak negeri Sabah dan orang asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara.

“Mengapa kita berjuang dalam UMNO? Pastinya kita perlu merujuk kepada Perlembagaan UMNO Fasal 3.

“Seterusnya terdapat Fasal 3.1 hingga 3.6 yang memaktubkan enam hala tuju perjuangan dengan jelas.

Artikel Berkaitan:

“Inilah sebab ahli UMNO berjuang siang, malam, pagi, petang, subuh dah senja pada setiap hari. Semoga ALLAH memberkati dan sentiasa memberikan kejayaan dalam perjuangan kita,” ujarnya.