Pergiat usaha perangi dadah dan benci rasuah

Mohd Khairuddin Othman
Mohd Khairuddin Othman
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai program dirangka untuk golongan belia di negeri ini dalam usaha memerangi dadah dan membenci rasuah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha merealisasikan hasrat itu.

"Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha memerangi dadah dan masa sama pendedahan turut sama diberikan kepada belia.

"Pelbagai program juga sedang diatur dalam memastikan usaha bersama dapat digembleng dalam memerangi dadah ini," katanya.

Beliau yang juga merupakan ADUN Paya Jaras berkata demikian ketika menjawab soalan mulut daripada Adun Taman Templer, Mohd Sany Hassan (Amanah).

Artikel Berkaitan: