Lelaki dikehendaki polis ditembak mati

Suspek miliki 17 rekod jenayah lampau

Polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mempunyai 17 rekod jenayah lampau ditembak mati dalam kejadian di kebun kelapa sawit, Jalan Tasek-Valdor, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an yang memandu Proton Waja dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis bertindak mengejarnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berkenaan memang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kejadian melepaskan tembakan kepada polis dalam kejadian di Machang Bubuk, Bukit Mertajam kelmarin. Bagaimanapun menurutnya, suspek berjaya melarikan diri dan polis yang melakukan siasatan tersempak dengannya di tengah Jalan Tasek di sini.

"Selepas menyedari kehadiran polis suspek cuba memecut keretanya dan polis bertindak mengejar sehingga dia membelok kedalam kebun kelapa sawit dan masuk ke jalan mati di dalam kebun kepala sawit.

"Suspek yang keluar dari kereta terus melepaskan beberapa tembakan ke arah polis dan untuk mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan tembakan balas terhadapnya," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu,suspek disahkan mati ditempat kejadian dan polis menemui sepucuk pistol semi auto CZ bersama enam butir peluru dalam magazine (9mm Thai Arm) pada sisi sebelah kanan suspek.

Katanya, hasil semakan polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai 17 rekod jenayah dan 11 rekod dadah.

Selain itu, suspek juga terlibat dengan empat kes jenayah melibatkan senjatapi, ugutan jenayah dan cubaan membunuh.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan pada kenderaan yang dinaiki suspek mendapati kereta yang digunakannya dilaporkan hilang sebelum ini di Sungai Korok pada 4 Februari lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sebeang Jaya untuk bedah siasat," katanya