Sila log masuk terlebih dahulu.

Aset Khazanah meningkat, dividen RM2 bilion kepada kerajaan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

Dana kekayaan berdaulat itu berkata ia telah melaksanakan pelaburan baharu berjumlah RM8.7 bilion pada 2021, dengan sebahagian besar daripadanya dilaburkan di Malaysia (41.7 peratus atau RM3.6 bilion) serta berjaya memperoleh RM4.8 bilion hasil daripada pengewangan aset dalam portfolionya.

Bagaimanapun, ia menambah keuntungan daripada operasi susut kepada RM670 juta pada 2021 daripada RM2.9 bilion pada 2020, terutamanya disebabkan bantuan kewangan berterusan yang disalurkan kepada syarikat-syarikat dalam sektor penerbangan dan pelancongan miliknya yang berhadapan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19.

"Selain itu, penyusutan keuntungan Khazanah juga dipengaruhi oleh perolehan nilai saksama yang lebih rendah serta pendapatan dividen yang berkurangan daripada syarikat-syarikat pelaburannya akibat pendapatan yang lemah pada tahun 2020," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Bagi tahun 2021, Khazanah telah mengisytiharkan dividen berjumlah RM2.0 bilion kepada kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: