MB Selangor positif Covid-19

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Perkara tersebut disahkan oleh Sekretariat Akhbar menerusi satu kenyataan setelah Amirudin menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari sama.

Menurut kenyataan tersebut, beliau akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kembali bertugas secara rasmi mulai hari Selasa minggu hadapan (8 Mac 2022).

"Bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa berurusan dengannya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya.

"Marilah bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau sekeluarga dan semua yang turut terkesan dengan wabak Covid-19.

"Semoga ALLAH SWT terus merahmati dan melindungi kita semua jua," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: