Anggota polis maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk

pdrm
pdrm
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Semantan, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 pagi melibatkan anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Travers.

“Tiga anggota URB menaiki 3 buah motosikal membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah kereta di tepi Jalan Semantan (Jln Damansara menghala ke KL).

“Tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki, terbabas melanggar dua anggota URB berkenaan.

Menurutnya, anggota yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.
Artikel Berkaitan:


“Manakala seorang lagi anggota tidak cedera.

"Pemandu yang berusia 44 tahun itu ditahan dan dibawa ke Pejabat JSPT KL untuk ujian EBA (alkohol),” katanya.