Vietjet tambah dua laluan baharu Tokyo-Busan

A
A

SYARIKAT penerbangan, Vietjet mengumumkan penambahan dua laluan antarabangsa baharunya yang menghubungkan bandar Ho Chi Minh, Vietnam dengan Tokyo, Jepun (Narita-Jepun) dan Nha Trang, Vietnam dengan Busan, Korea Selatan.

Pengenalan laluan baharu ini bertujuan menghubungkan dua bandar pelancongan popular, memenuhi permintaan perjalanan penduduk setempat dan pelancong serta menyumbang promosi perdagangan serantau dan integrasi.

Meraikan penambahan laluan itu, Vietjet menawarkan 670,000 tiket promosi harga hanya dari RM0 bagi tiga hari 'keemasan' iaitu dari 13 hingga 15 Mac 2019.

Tempoh perjalanan adalah dari 14 Mei hingga 31 Disember 2019.

Saksikan pemeliharaan tradisi budaya dan agama di Kuil Haedong Yonggungsa, Busan.
Saksikan pemeliharaan tradisi budaya dan agama di Kuil Haedong Yonggungsa, Busan.

Tiket promosi boleh didapati melalui saluran jualan Vietjet termasuk laman web www.vietjetair.com juga menerusi telefon pintar https://m.vietjetair.com dan https://www.facebook.com/VietjetMalaysia (hanya klik 'Tempahan').

Dua laluan antarabangsa baharu ini akan beroperasi bermula Julai 2019 sekaligus meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa syarikat penerbangan itu kepada 69 destinasi. Bandar raya Ho Chi Minh-Tokyo akan beroperasi setiap hari penerbangan bermula 12 Julai 2019.

Laluan Nha Trang-Busan pula akan mengendalikan empat penerbangan pergi-balik (dalam tempoh seminggu) bermula 16 Julai 2019.

Dengan rangkaian yang terdiri daripada 39 laluan domestik dan 69 laluan antarabangsa, Vietjet mengendalikan penerbangan selamat dengan kadar kebolehpercayaan teknikal sebanyak 99.64 peratus - kadar tertinggi di rantau Asia Pasifik.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia