SPRM tidak siasat suami Zeti

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Dr Tawfiq Ayman berkenaan dakwaan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, badan pencegahan rasuah itu hanya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura.

Bagaimanapun, beliau mengambil maklum bahawa Tawfiq dalam siasatan polis.

“Dalam siasatan melibatkan kes 1MDB, pasukan petugas melibatkan polis dan SPRM (telah diwujudkan). Untuk (kes) Tawfiq, tugas yang diberi kepada SPRM adalah untuk mendapatkan semula wang (1MDB) dari Singapura.

“Polis (yang) jalankan siasatan (terhadap Tawfiq). Saya rasa kertas siasatan mereka masih dibuat (dalam proses), polis akan kemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) apabila ia siap,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, bekas pegawai bank Goldman Sachs iaitu Tim Leissner pada prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, Amerika Syarikat mendakwa suami bekas Gabenor BNM itu menerima rasuah.

Bagaimanapun Tawfiq menerusi kenyataan melalui firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co baru-baru ini menegaskan, beliau tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya malah tidak mengenali Leissner.

Artikel Berkaitan: