Polis Johor buka tujuh kertas siasatan kesalahan pilihan raya

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor membuka tujuh kertas siasatan berhubung kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh tiga hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jurucakap Media PRN Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, kertas siasatan terbabit dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Seterusnya Seksyen 437 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta 24 (B)( 3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Pada Isnin, Polis Johor telah meluluskan sebanyak 36 permit ceramah di seluruh negeri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Polis Johor turut menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan atau membakar poster, bendera, kain rentang mana-mana parti politik.

Perbuatan khianat menyalahi undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan, mana-mana pihak boleh merujuk kepada Polis Johor bagi tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan: