Keajaiban berlaku di kala Muslim berduka...

Solidariti memberi sokongan kepada Muslim di seluruh dunia.
Solidariti memberi sokongan kepada Muslim di seluruh dunia.
A
A
A

CHRISTCHURCH -NEW ZEALAND. Tanggal 15 Mac 2019, genap lima hari tragedi berdarah ketika solat Jumaat di Christchurch memberi kesan mendalam buat umat Islam seluruh dunia.

Gugurnya 50 Muslim dalam sekelip mata ditangan si pengganas yang menembak secara rambang jemaah di dua masjid telah membuka mata dunia.

Penduduk Christchurch tidak menanamkan kebencian kepada umat Islam sebaliknya menyebarkan kasih sayang dan terus memberi sokongan, bantuan tanpa berhenti.

Kata-kata dan perlakuan sebagai tanda sokongan itu menular di media sosial dalam usaha untuk melindungi masyarakat Muslim serta mengelakkan berlaku kekejaman sekali lagi.

Tidak dipinta untuk menyokong Muslim, sebaliknya mereka rela hati melindungi masyarakat Muslim di negara itu.

Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 57 saat memaparkan penduduk Christchurch mula membanjiri masjid tanpa henti malah memberanikan diri memasuki dalam masjid untuk 'melindungi' umat Islam ketika solat pada masa sama tanpa sengaja mendengar setiap ayat suci Al-Quran.

Mereka ada cara tersendiri memasuki masjid, ada yang memakai selendang untuk menutup kepala, ada yang berdiri seolah-olah ingin mengikut solat bersama, bukan itu sahaja ada yang duduk sambil mendengar imam membaca ayat suci al-Quran sehingga solat selesai.

Sehingga kini, video itu telah meraih 677,292 tontonan netizen yang dimuat naik di Facebook converts to Islam.

Artikel Berkaitan:

Keinginan memuncak dalam kalangan penduduk itu untuk melihat sendiri bagaimana cara orang Islam bersolat, ingin tahu tentang Islam, mendorong mereka berbuat demikian.

Terdapat juga beberapa foto penduduk berada di luar seperti 'pagar' bagi melindungi jemaah yang sedang menunaikan solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan tragedi amat terkesan buat orang New Zealand

Selain itu, ketika azan berkumandang di Canterbury Christ Church University, mahasiswa non Muslim berdiri sebagai tanda hormat.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di New Zealand tetapi menular di United Kingdom, di mana usaha seorang warga Birmingham, berdiri di luar Masjid Levenshulme, Manchester sementara umat Islam menunaikan solat telah mendapat pujian netizen.

Dalam satu gambar yang dimuat naik oleh seorang penduduk setempat, lelaki bernama Andrew Graystone memegang papan putih yang bertulis mesej kepada umat Islam di masjid berkenaan,"Kamu adalah sahabat saya. Saya akan memerhati suasana keika kamu solat".

Solidariti itu telah berjangkit ke seluruh dunia, antaranya, Sunderland, United Kingdom dimana seorang lelaki berkulit putih juga memberi perlindungan kepada masyarakat setempat yang beragama Islam.

Fenomena itu pastinya jarang berlaku malah mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi impak tragedi berdarah itu membawa hikmah buat Muslim seluruh dunia.