Dua lelaki Bangladesh mengaku salah rasuah polis

Ali (kanan) dan Mia (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini kerana didakwa memberi rasuah kepada anggota polis pada Isnin.
Ali (kanan) dan Mia (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini kerana didakwa memberi rasuah kepada anggota polis pada Isnin.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Dua lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana didakwa memberi rasuah kepada anggota polis.

Tertuduh, Ali Alhaj, 30, dan Mia Md Somon, 25, dituduh memberi suapan wang tunai berjumlah RM100 kepada seorang anggota polis, Koperal Mohd Fuad Johari yang bertugas di Balai Polis Jelapang pada 16 November 2021 lebih kurang jam 10.30 pagi di hadapan RHB Bank Cawangan Silibin di sini.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan sebagai balasan untuk melepaskan diri mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Hindi.

Hakim M Bakri Abd Majid menetapkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang manakala penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua tersebut membayar denda berkenaan selepas perbicaraan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seksyen 214 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: