Pengebumian mangsa serangan Christchurch bermula hari ini

Antara ahli komuniti Muslim yang hadir ke kawasan perkuburan. - Foto NZ
HERALD
Antara ahli komuniti Muslim yang hadir ke kawasan perkuburan. - Foto NZ HERALD
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Enam hari selepas serangan masjid di Christchurch yang meragut 50 nyawa, sebahagian keluarga mangsa akhirnya dapat menjalankan pengebumian.

Pasukan polis dilapor mengawal ketat keadaan di Tanah Perkuburan Memorial Park Linwood, terletak berhampiran Masjid Linwood yang juga salah satu sasaran serangan pengganas pada Jumaat lalu.

Difahamkan, dua pengebumian akan dijalankan pada jam 11 pagi waktu tempatan.

Pihak polis mengawal ketat keadaan di Tanah Perkuburan Memorial Park Linwood. - Foto NZ HERALD
Pihak polis mengawal ketat keadaan di Tanah Perkuburan Memorial Park Linwood. - Foto NZ HERALD

Kehadiran ahli keluarga serta komuniti Muslim di tanah perkuburan terbabit turut dikawal ketat pasukan keselamatan.

Sebuah khemah besar dipasang untuk membolehkan ahli keluarga menerima kehadiran jenazah mangsa, sebelum dibawa ke tapak pengebumian yang telah disediakan.

Terdahulu, jenazah enam mangsa serangan masjid Christchurch diserahkan kepada keluarga masing-masing semalam setelah berjaya dikenal pasti melalui proses pengecaman mayat yang rumit serta mengambil masa lama. - NZ HERALD

Artikel Berkaitan:

Sekumpulan pelajar dari sekolah tempatan turut berada di tanah perkuburan. - Foto NZ HERALD
Sekumpulan pelajar dari sekolah tempatan turut berada di tanah perkuburan. - Foto NZ HERALD