Sila log masuk terlebih dahulu.

Tindakan pantas penghantar makanan selamatkan warga emas

Keadaan tingkat atas rumah berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.
Keadaan tingkat atas rumah berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pantas seorang penghantar makanan berjaya menyelamatkan seorang warga emas kurang upaya daripada rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Cekak Musang 10/2, Seksyen 10 di sini pada Isnin.

Waris warga emas berkenaan, Shaik Farhann Shaik Nazran,31, berkata, rumah pusaka tersebut didiami neneknya yang berusia 83 tahun bersama keluarga ibu saudaranya.

Menurutnya, ketika kejadian, ibu saudaranya ke kedai untuk membeli barang dan baru meninggalkan kediaman berkenaan sekitar 10 minit sebelum dimaklumkan oleh orang ramai berkenaan kebakaran tersebut.

"Masa terbakar itu makcik saya baru 10 minit keluar ke kedai dan nenek saya tinggal seorang di rumah ketika itu.

"Kebetulan seorang penghantar makanan nampak kebakaran dan dia terus hubungi pihak bomba.

Rumah pusaka berusia 48 tahun di Seksyen 10, Shah Alam itu musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. - Foto JBPM
Rumah pusaka berusia 48 tahun di Seksyen 10, Shah Alam itu musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. - Foto JBPM

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai pula masuk ke dalam rumah bantu selamatkan nenek saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, kediaman tersebut merupakan rumah pusaka yang arwah datuknya ketika kawasan berkenaan baru dibangunkan sekitar tahun 1974.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam satu kenyataan berkata, sebanyak tiga buah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 tengah hari.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat bangunan kelas A berkeluasan 1.85 x 6.96 meter persegi yang 70 peratus terbakar di tingkat atas.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.04 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya.