Kakitangan MAB cedera kemalangan di landasan meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) disahkan meninggal dunia meninggal dunia pada jam 6.45 petang, ketika menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Mangsa sebelum ini terlibat dalam kemalangan selepas kereta unit kejuruteraan MAHB dipandunya dirempuh sebuah pesawat swasta di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), dekat ini awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, meninggalkan isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

“Kami akan menghulurkan segala jenis bantuan yang diperlukan oleh keluarganya termasuk urusan pengebumian.

No Image Caption

“Menjadi keutamaan kami untuk memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terjaga,” kata beliau menerusi satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang menimpa Ruzaimi itu demi menghormati perasaan keluarganya.

“Ruzaimi adalah kakitangan yang berdedikasi dan amat komited dengan tugasnya. Ini satu kehilangan yang tragik kepada MAHB.

Artikel Berkaitan:

“Beliau dikenali di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang kakitangan yang berbakat dan beretika,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 3.20 pagi itu, pesawat swasta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika mahu mendarat di LTSAS lalu merempuh bahagian hadapan cermin dan bumbung kereta itu.

No Image Caption

Penumpang dan anak kapal terbabit dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan, bagaimanapun Ruzaimi yang parah dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

MAHB memaklumkan pihaknya sudah menubuhkan pasukan penyiasatan dengan kerjasama Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi merungkai punca sebenar kejadian itu.

Kementerian Pengangkutan melalui Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) turut menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.