Polis kesan individu bergaduh dalam video tular

Polis sedang mengesan kedua-dua individu yang terbabit dalam video berkenaan berikutan tiada laporan dibuat.
Polis sedang mengesan kedua-dua individu yang terbabit dalam video berkenaan berikutan tiada laporan dibuat.
A
A
A

SERDANG - Polis mengesahkan sedang mengesan dua lelaki tular bergaduh di tepi jalan di sekitar PUJ3, Taman Puncak Jalil di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi 21 saat yang tular di Facebook pada Ahad.

"Video itu menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih.

"Lelaki itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata 'nak lagi tak, nak lagi tak' sambil menumbuk mangsa beberapa kali dan menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis berikutan tiada sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu," ujarnya.

Artikel Berkaitan: