Grab Malaysia bakal kenakan penalti RM3-RM5

No Image Caption
A
A
A

GRAB Malaysia akan mengenakan bayaran penalti buat penumpang yang membatalkan perkhidmatan selepas pemandu Grab tiba ke lokasi mulai 25 Mac ini.

Laporan The Star, perkhidmatan e-panggilan itu dalam kenyataan berkata, penumpang yang membatalkan perkhidmatan selepas lima minit pemandu Grab tiba di lokasi akan dikenakan denda sebanyak RM 3 sehingga RM5 sebagai penalti.

Selain itu, Grab juga mengenakan denda sebanyak RM5 kepada pemandu yang membatalkan perjalanan selepas pelanggan menunggu di lokasi lebih daripada lima minit.

Bayaran yuran pembatalan itu akan dipotong terus daripada penumpang melalui bayaran GrabPay, kad debit atau kredit, manakala penumpang yang membuat bayaran secara tunai akan ditolak menerusi perkhidmatan seterusnya.

Bagaimanapun, Grab tetap memberi keyakinan kepada penumpang, penalti berkenaan tidak akan terjadi jika pemandu Grab lewat atau tidak tiba dalam tempoh 10 minit ke lokasi.

Dalam pada itu, penumpang turut dinasihatkan supaya menghubungi pemandu Grab menerusi GrabChat sekiranya mahu membatalkan perkhidmatan sekiranya telah menunggu terlalu lama.

Artikel Berkaitan: