Pengganas bakal mereput dalam penjara

Laporan muka hadapan Daily Telegraph.
Laporan muka hadapan Daily Telegraph.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Pengganas warga Australia, Brenton Tarrant 'dijamin' menghabiskan sisa kehidupannya di belakang tirai besi.

Tarrant bakal berdepan lebih banyak tuduhan apabila dihadapkan semula ke mahkamah bulan depan.

Setakat ini, Tarrant berdepan satu pertuduhan membunuh selepas menyasarkan dua buah masjid di Christchurch yang meragut 50 nyawa, minggu lalu.

Mengikut undang-undang New Zealand, individu yang disabit bersalah membunuh lazimnya dijatuhi sekurang-kurangnya 10 tahun penjara dengan kemungkinan parol.

Bagaimanapun, pakar undang-undang berkata, jenayah dilakukan pengganas bacul berusia 28 tahun itu terlalu ekstrem.

Susulan itu, pakar mencadangkan hukuman paling berat memandangkan negara-negara di Lautan Pasifik telah memansuhkan hukuman mati pada 1961.

"Ada banyak perdebatan sama ada dia patut didakwa di bawah undang-undang keganasan atau dituduh di bawah Akta Jenayah kerana membunuh.

"Apa yang pasti, dia akan meringkuk seumur hidup dalam penjara," kata Profesor Undang-Undang di Universiti Waikato, Alexander Gillespie.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peguam jenayah Simon Cullen berkata peluang untuk Tarrant tidak diberikan parol amat tinggi.

Hukuman penjara paling lama dikenakan di New Zealand adalah pada 2001, apabila hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas William Bell dengan minimum 30 tahun penjara. - Agensi