Laungan 'malu apa bossku' bergema di Tesco Senawang

Najib diserbu pengunjung semasa membeli-belah barangan dapur di Tesco Senawang.
Najib diserbu pengunjung semasa membeli-belah barangan dapur di Tesco Senawang.
A
A
A

SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang di sini, untuk berjumpa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, malam ini.

Beliau yang singgah ke pasar raya berkenaan pada jam 9 malam meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak, dan sayur.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Najib.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Najib.

Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit 'malu apa bossku' dan berebut untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Najib kelihatan bersalaman dengan pengunjung sambil menolak troli barang yang dibelinya.

No Image Caption

Najib membeli-belah di Tesco Senawang

Laungan 'Malu apa bosku' bergema di Tesco Senawang SARINAH MAT KASIM SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang, untuk berjumpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebentar tadi. Beliau yang singgah ke pasar raya tersebut pada jam 9 malam, meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak dan sayur. Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit 'Malu apa bosku' dan bertolak-tolak untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu. Laporan MOJO Sinar Harian Negeri Sembilan: SARINAH MAT KASIM.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Tuesday, March 19, 2019

Artikel Berkaitan: